Search This Blog

Sunday, January 16, 2011

Latihan Kem Tahunan Palapes Senior 2010

Pada Disember 2010, Palapes UNIMAS telah mengadakan Latihan Kem Tahunan yang disertai oleh 3 peringkat iaitu peringkat junior, intermediate dan peringkat senior....
Peringkat senior akan mengadakan latihan dalam 2 fasa iaitu fasa pertahanan dan fasa pengunduran...di sini saya kongsikan pengalaman kami sebagai pegawai kadet senior yang menjalankan kedua-dua fasa ini...

 Ini merupakan gambar sebelum menjalankan ujian membaca peta...kiranya tengah revision la ni...hahaha...yang paling terer membaca peta adalah Jim yang duduk tepi sebelah kiri sekali tu...

 Ini gambar semasa menjalankan ujian bertulis...agak susah juga ujian ni...ia merupakan ujian teori bagi senjata dan juga ilmu medan perang...

 Wajah-wajah semasa menjalankan ujian pengedalian senjata...hehehe...ni la ujian paling senang rasanya...

 Cara-cara mengendalikan senjata MGKA atau secara amnya mesingan berat...memang berat pun senjata ni...campur tripodnya lebih kurang 20kg...

 Yang ini pula muka-muka sebelum bertolak pergi ke kawasan operasi...hehehe....agak menggerunkan...

 Ini adalah kawasan operasi di mana platun kami diarahkan membuat pertahanan tahap yang ke-3 iaitu tahap yang paling susah...kami dikehendaki menggali kubu sehingga ke paras dada dan diberi masa selama 3 hari 2 malam untuk menggali...peralatan yang dibekalkan adalah cangkul dan skop...selama 2 malam kami  tak tidur...memang cukup membuatkan mental kita tercabar...

 Saya sedang duduk di sebelah kubu yang baru siap dibuat dan juga jalan perhubungan di belakangnya...hehehe

 Ini adalah kubu MGKA atau kubu untuk mesingan berat...inilah kubu yang paling besar dan paling sukar untuk dibuat...Akmal dengan Faizol tengah pose di dalamnya...hahaha

 Ini pula gambar yang sempat dirakam di saat kawan-kawan yang lain masih menggali kubu mereka...yang berada dalam gambar ini memang suka bergambar...pantang ada kamera disitulah ada mereka...ehem2

 Gambar ini pula menunjukkan pandangan dari hadapan kubu MGKA...

 Selepas duduk di hutan selama seminggu, kem pun habis...so ini adalah Majlis Makan Malam Kem Tahunan 2010...dipersilakan para technician tengah bertungkus-lumus untuk mempersiapkan kerja mereka untuk menjayakan majlis malam itu...

 Pandangan dari hadapan kedudukan kerusi dan meja untuk para jurulatih dan juga pegawai kadet...

 Ini adalah jejaka-jejaka tampan senior yang menhangatkan malam itu...hahaha

Gambar para pemenang pingat pertandingan-pertandingan yang dipertandingkan pada masa Kem Tahunan tersebut....kiranya semua jaguh-jaguh la ni...
 Gambar-gambar kenangan sebelum mula bercuti pada keesokan harinya...hehehe

Inilah team yang paling mantap diketuai oleh Cheang, Patrick, Cassidy, Adib, Akmal, Chris(aku lah), Teren, Roland dan Henry yang tertonggeng tu...hehehe
So habislah sudah kesusahan dan juga cabaran yang kami tempuhi selama 3 tahun bermula dari kami junior, intermediate dan yang terakhir sekali peringkat senior...setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ketua jurulatih Palapes UNIMAS, Mejar Kamarulzuhan, jurulatih-jurulatih kami dan juga anggota-anggota skuad kami yang telah banyak menolong dan juga sama-sama berjuang selama ini...jasa anda semua tetap akan dikenang...simpan lah kenangan kita ini...
MAJULAH PALAPES UNIMAS

3 comments:

  1. saya tak fikir semua ini perlu dikongsi di alam maya ~ tambahan pula dengan semua detail dan gambar2.. cukuplah untuk kenangan diri.. coz if i'm reading this n bole taw cmne protokol defence.. think about other intelligence agencies.. ape yg dyeorg bole dpt.. think.. salam.. (even sy yg blaja sume ni as part of my life pon xpena kongsi ngn sesape.. even my family)

    ReplyDelete
  2. bersetuju dengan pendapat di atas,perlu ke dikongsi benda ni...

    ReplyDelete
  3. kalo anda baca betul2 apa yg ditulis dalm rencana di atas, xda detail2 yg penting ttg rahsia ketenteraan...cuma menggambarkan apa yg kami lalui sahaja...anyway, thanks for the comments...mana2 yg melibatkan rahsia ketenteraan akan saya edit lagi nanti...

    ReplyDelete