Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

Read it and try to understand what I want to share....

Dalam agama Kristian Katolik, kematian melalui bunuh diri dianggap sebagai suatu dosa besar. Alasan utama Gereja Katolik adalah bahawa hayat seseorang itu dimiliki oleh Tuhan dan oleh itu, pemusnahan nyawa disamakan dengan perbuatan untuk menguasai apa yang sebenarnya dipunyai Tuhan.  Gereja Katolik mengajar bahawa tidak adanya sebarang kewajipan moral bagi sesiapa memilih kaedah-kaedah luar biasa untuk menyelamatkan orang-orang yang menghadapi kematian yang mungkin.

 Perkara 2281 dalam Soal Jawab mengatakan:
2281: Bunuh diri menentang kecenderungan semula jadi manusia untuk memelihara dan mengekalkan hidupnya. Ia menentang kasih sayang kepada diri sendiri. Ia juga menyinggung kasih sayang jiran kerana ia memutuskan pertalian perpaduan secara tidak adil dengan keluarga, negara, dan masyarakat-masyarakat lain di mana kita punyai kewajipan. Bunuh diri adalah bertentangan dengan kasih sayang kepada Tuhan yang hidup.

Soal Jawab Gereja Katolik 1997
menunjukkan bahawa bunuh diri mungkin tidak selalunya dilakukan dengan kesedaran yang penuh – dan oleh itu tidak seratus peratus dianggap salah dari segi moral: "Gangguan psikologi yang teruk, sesakan jiwa, atau ketakutan terhadap kesusahan, penderitaan, atau penyeksaan, boleh mengurangkan kebertanggungjawapan seseorang yang membunuh diri."
Konteks yang penting tentang pengutukan bunuh diri Gereja Katolik ialah desakan mutlak Gereja terhadap kesucian hidup. Adalah dari segi ini, dan memandangkan bahawa perbuatan itu dilakukan oleh seseorang yang berfikir selepas pertimbangan jelas bahawa Gereja menganggap bunuh diri sebagai salah satu daripada dosa yang paling besar dan dengan itu mengakibatkan risiko penglaknatan abadi.  

 Seriusnya pendirian Gereja terdiri daripada dua alasan:
1.    Bunuh diri ialah penolakan kasih sayang Tuhan kepada manusia, dan kasih sayang manusia kepada Tuhan.
2.    Bunuh diri mengakibatkan perpecahan komuniti-komuniti kawan, orang-orang yang disayangi, dan masyarakat umumnya.

No comments:

Post a Comment