“Hachiko: A Dog's Story” adalah filem genre drama Amerika Syarikat produksi
tahun 2009 yang ceritanya diambil dari kisah benar seekor anjing jenis Akita Inu bernama Hachikō. Filem ini merupakan “remake” dari filem Jepun “Hachikō Monogatari” produksi tahun 1987. Filem ini diarahkan oleh Lasse Hallström dan dibintangi oleh Richard Gere, Joan Allen, dan Sarah Roemer.
Di Amerika Syarikat, tayangan perdana filem ini dilakukan di Festival Filem Antarabangsa Seattle, 13 Jun 2009. Tayangan perdana di luar Amerika Syarikat dilakukan di Jepun pada 8 Ogos 2009.
Sinopsis:
Filem ini adalah berdasarkan dari sebuah kisah benar di Jepun.
Di sebuah kelas, murid-murid sedang bercerita mengenai tokoh pahlawan mereka. Seorang budak lelaki bernama Ronnie bercerita tentang anjing datuknya yang bernama Hachiko. Bertahun-tahun yang lampau, seekor anak anjing jenis Akita tiba di Amerika dari Jepun. Di stesen kereta api, anak anjing itu terlepas setelah kandangnya terjatuh dari tempat rak barang dan dijumpai oleh seorang professor kolej bernama Parker Wilson (Richard Gere). Parker terus menyukai anak anjing itu. Setelah Carl, penjaga stesen itu menolak untuk menjaganya, Parker membawanya pulang ke rumah. Di rumah, isteri Parker yang bernama Cate (Joan Allen) keberatan untuk membenarkan suaminya memelihara anak anjing.
Keesokan harinya, Parker berharap agar pemilik anjing itu akan menghubungi stesen kereta api itu namun pemiliknya yang sebenarnya tidak muncul-muncul. Parker membawa anak anjing itu naik kereta api secara diam-diam ke kolej tempatnya bekerja. Di kolej, Parker diberitahu oleh seorang rakannya yang juga professor kolej berbangsa Jepun bernama Ken, bahawa tanda di kalung anak anjing itu dibaca sebagai Hachi dalam bahasa Jepun di mana Hachi bererti “nasib baik”. Parker lalu memberi nama anak anjing itu, Hachi. Menurut Ken, Parker dan Hachi sudah ditakdirkan untuk saling bertemu. Pada suatu hari, Cate menerima panggilan telefon dari seseorang yang ingin memelihara Hachi. Namun Cate kemudian membiarkan suaminya memelihara Hachi setelah melihat suaminya makin mesra dengan anak anjing itu.
Waktu berlalu dan Hachi telah menjadi anjing Parker yang setia. Meskipun demikian, Parker hairan Hachi menolak untuk melakukan kebiasaan normal seekor anjing seperti mengejar dan memungut bola. Ken memberitahu bahawa Hachi hanya akan mahu mengambil bola untuk alasan yang istimewa. Pada suatu pagi ketika Parker turun ke tempat kerja, Hachi menyelinap ke luar dan mengikutinya hingga sampai di stesen kereta api. Hachi menolak ketika disuruh pulang hingga Parker sendiri yang menghantarkannya pulang ke rumah. Selepas itu, Hachi kembali pergi ke stesen dan menunggu hingga kereta api yang dinaiki tuannya datang. Parker akhirnya membiarkan Hachi menghantarnya ke stesen setiap hari. Setelah kereta api tuannya bertolak, Hachi pulang sendiri ke rumah tapi ketika hari sudah tengah hari, ia kembali lagi ke stesen untuk menunggu tuannya sampai. Kebiasaan Hachi menghantar dan menunggu Parker balik berlangsung beberapa lama.
Pada suatu hari, Hachi menolak untuk menghantar Parker yang ingin turun ke tempat kerja. Parker akhirnya pergi sendirian tapi Hachi kemudian mengejarnya sambil membawa bola. Parker terkejut tetapi gembira apabila Hachi akhirnya mahu bermain bola. Parker tidak ingin terlambat turun ke tempat kerja dan pergi juga walaupun dilarang oleh Hachi yang terus menyalak dan mengajak Parker bermain bola itu. Pada hari itu itu, Parker yang mengajar kelas muzik sambil memegang bola milik Hachi terjatuh di dalam dewan kuliah dan tidak sedarkan diri. Dia kemudian dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
Di stesen, Hachi dengan sabar menunggu ketibaan kereta api yang biasa dinaiki oleh tuannya ketika pulang namun tuannya tidak juga pulang. Dia terus menunggu hingga Michael, menantu Parker membawanya pulang. Keesokan harinya, Hachi kembali ke pergi ke stesen dan menunggu tuannya. Ia menunggu sepanjang hari dan sepanjang malam. Setelah suaminya meninggal, Cate menjual rumah mereka dan memberikan Hachi untuk dipelihara oleh anak perempuan Cate yang bernama Andy. Hachi dibawa berpindah ke rumah Andy yang tinggal bersama suami bernama Michael. Keduanya mempunyai seorang cahaya mata bernama Ronnie. Hachi kemudian lari untuk pulang ke rumah tempat tinggalnya dulu. Ia kembali menunggu tuannya yang tidak pulang-pulang di stesen. Hachi selalu duduk menunggu di tempat ia biasa menunggu. Penjual makanan di stesen bernama Jas merasa kasihan dan memberinya makan sosej. Andy mencari Hachi dan menjumpainya di stesen. Hachi dibawa pulang namun keesokan harinya dilepaskan untuk kembali pergi ke stesen.
Hachi mulai tidur di tempat gerabak kereta api yang rosak. Ia pergi ke stesen untuk menunggu tuannya pada waktu siang dan makan dari makanan dan air yang diberikan oleh Jas dan seorang tukang daging. Pada satu hari, wartawan surat khabar bernama Teddy ingin tahu asal usul Hachi. Dia kemudian menulis cerita tentang anjing itu. Setelah membaca artikel di surat kabar, ramai orang mula mengirim wang kepada Carl dengan pesan agar wang tersebut digunakan untuk membelikan makanan untuk Hachi. Ken, sahabat Parker membaca artikel yang ditulis Carl dan menyatakan kesediaan untuk menyara hidup Hachi. Walaupun Parker sudah setahun meninggal dunia, Ken menyedari Hachi masih ingin dan merasa harus untuk menunggu kepulangan tuannya.
Sepuluh tahun berlalu dan Hachi masih tetap setia menunggu tuannya di stesen. Ketika mengunjungi makam Parker semasa ulang tahun kematiannya, Cate bertemu dengan Ken dan mengaku dirinya masih merasa kehilangan suaminya yang sudah meninggal sepuluh tahun lalu. Cate kemudian pergi ke stesen tempat Hachi menunggu. Diaa terkejut melihat Hachi yang sudah tua, kotor dan lemah namun masih terus setia menunggu tuannya. Cate kemudian duduk bersama dengan Hachi dan menemankannya menunggu kereta api yang seterusnya tiba. Ketika kembali ke rumah, Cate bercerita tentang Hachi kepada Ronnie yang sudah berusia 10 tahun. Malam itu, Hachi menunggu di tempatnya biasa menunggu dan berbaring serta kemudiannya terlelap bermimpi bertemu Parker dan pada malam itu dia pun mati.
Tamat sudah Ronnie bercerita tentang Hachi kepada rakan-rakan sekelasnya. Kesetiaan Hachi menunggu Parker, datuk Ronnie menjadikan Hachi sebagai pahlawan selama-lamanya di mata Ronnie. Petang itu, Ronnie berjalan-jalan bersama seekor anak anjing Akita di tempat datuknya pernah berjalan-jalan bersama Hachi.

~Anjing Hachiko yang sebenarnya, lahir di Odate, Jepun pada tahun 1923. Setelah pemiliknya yang bernama Dr. Eisaburo Ueno, seorang professor di Universiti Tokyo meninggal dunia pada bulan Mei 1925, keesokan harinya Hachi kembali menunggu kepulangan tuannya di Stesen Shibuya. Dia terus menunggu dan menunggu hingga sembilan tahun berikutnya. Hachiko akhirnya mati pada bulan Mac 1935. Patung Hachiko diperbuat daripada gangsa kini dapat dijumpa di tempatnya biasa menunggu, di luar Stesen Shibuya, Tokyo.~
No comments:
Post a Comment