Search This Blog

Friday, October 29, 2010

15 Tanda-Tanda Anda Jatuh Cinta **for ladies only**

Kepada sesiapa yang tidak tahu sama ada diri mereka ada meyimpan perasaan pada seseorang blh check kat sini...hehehe...

1.       Anda rasa dia sangat istimewa berbanding lelaki lain.
2.       Bila teringatkan dia, anda asyik tersenyum-senyum.
3.       Anda suka pandang dia secara sembunyi.
4.       Bila pandangan mata bertaut..jantung dup dap dup dap..hohoho
5.       Anda suka berada dekat dengan dia. Kalau boleh tak nak dia hilang dari pandangan mata.
6.       Anda suka mengelamun & jadi kaki berangan..
7.       Diari anda banyak tulis pasal dia.
8.       Kalau dulu suka dengar lagu R&B, hip hop, dance, rock dan sebagainya...kini anda suka dengar lagu jiwang-jiwang…cewah….
9.       Anda jadi cerewet dengan penampilan diri. Kalau boleh, anda tak nak dilihat oleh dia dalam keadaan selekeh atau tak cantik.
10.   Anda cuba dekat dengan kawan dia dan mencuri jalan untuk dekat dengan si dia..
11.   Anda akan simpan SMS dari dia walaupun hanya sepatah kata. Kalau SMS kawan anda...terus delete. ish ish ish...hahaha
12.   Kalau anda tengok dia dengan perempuan lain, anda rasa nak mengamuk. Camtu juga kalau ada orang lain pandang si dia tu…
13.   Sebelum ni anda tak suka 1 benda ni, gara-gara si dia tu anda jadi suka pulak. Pelik betul..
14.   Mulut kata kawan..di hati kata lain. Anda semangat nak delete nombor dia, tapi sayangnya anda hafal pulak no tu…hehehe…
15.   Anda suka baca novel cinta dan bayangkan perhubungan yang indah itu adalah antara anda dengan si dia.

Post ini saya tujukan khas kepada Hamz, Nazirah, Nisa dan kawan-kawan yang mengenali diri ini...hehehe

4 comments:

  1. Well done bro... i like diz one... but i will more satisfy if u have the guy secret also.. haha

    ReplyDelete
  2. pahal aku komen...nama daddy aku yg kuar pher? haha

    ReplyDelete
  3. haha...betul la ni...mana da tipu...try la cek dlu...

    ReplyDelete