Search This Blog

Friday, October 29, 2010

10 Tanda-Tanda si Dia Jatuh Cinta


Mana seronok memendam perasaan kan? Nak bertanya tapi malu. Cuba lihat tanda-tanda di bawah ini kalau anda rasa si dia menyimpan perasaan pada anda….
1.       Perhatikan dengan teliti tingkah lakunya setiap kali berbual. Adakah si dia menaruh minat terhadap apa saja yang anda perkatakan dan berusaha agar perbualan terus berlangsung?
2.       Apakah si dia secara ‘tidak sengaja’ selalu ada di sekitar anda?
3.       Camkan dalam hati kalau dia membuat perkara yang akan melibatkan anda. Contohnya, “Eh, Ricky Martin buat konsert live di Kuching. Nanti kita tengok ya!”
4.       Si dia mahu menghabiskan waktu berdua bahkan membatalkan pelbagai temujanji hanya untuk bertemu anda lebih lama.
5.       Menelefon anda sekadar untuk alasan remeh seperti bertanya tentang, “Tahukah ada kafe baru di tingkat bawah?”
6.       Tiba-tiba sahaja si dia menaruh perhatian terhadap hobi dan kehidupan anda. Ini tanda yang meyakinkan bahawa ia tertarik pada anda dan bukan hanya pada hobi anda itu.
7.       Perhatikan juga bahasa tubuhnya. Adakah si dia sering kelihatan malu-malu apabila menatap mata anda? Atau si dia kelihatan terkejut saat bertemu anda.
8.       Saat duduk bersama, bagaimana bahasa tubuhnya? Apakah si dia berusaha menarik perhatian anda atau hanya berdiam diri sahaja?
9.       Adakah ia bergerak mendekati bahkan menyentuh anda, misalnya menyentuh tangan atau pipi anda?
10.   Apakah ia sering tersenyum bila secara tidak sengaja pandangan matanya bertemu dengan anda?
Apabila lebih dari 5 pernyataan di atas anda setujui, kemungkinan besar ia memang sedang menyimpan perasaan pada anda. Walaupun begitu, anda tetap dengarkan kata hati anda dan ingat, apabila anda tidak mahu membalas perasaan orang itu, jangan lakukan sesuatu yang membuatkannya salah faham.

No comments:

Post a Comment