- Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. Namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih dari sebulan. Sedikit demi sedikit di dia akan menunjukkan taringnya.
- Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti orang berada tetapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk membuat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan. Kemudian duit kamu pula yang menjadi mangsa.
- Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji. Tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating, siapa yang akan sampai dahulu?
- Sering memberi pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih teruk lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain di atas kesalahannya sendiri.
- Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.
- Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.
- Apabila keluar dengannya, si dia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya si dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu bahawa si dia tidak curang di belakang kamu dan dia memang peramah dengan semua orang.
- Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. Tanpa segan silu si dia memintanya daripada kamu.. Haa...alasan yang diberikan untuk meminjam itu memang konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.
- Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan. Sebab itulah perempuan mudah cair dan menjadi mangsa.
- Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku tetapi harus diingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetapi ajak-ajak ayam sahaja. Mulut berkata ya tetapi hati berkata tidak.
Check la pasangan anda sendiri. Jika memenuhi syarat di atas melebihi 5, saya syorkan anda patut mencari orang yang baru...hahaha...untuk kaum perempuan, penilaian di minda anda. Jangan hanya kerana terlalu mencintai, anda kabur dalam menilai seorang lelaki yang hanya mempermainkan cinta dan kata-kata. Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.
kau lah ya lelaki kasanova..hahahha
ReplyDeletehahhaha.... btul5..... dri mana dpt info ni pher?
ReplyDeletehaha, rasenya macam sume ciri-ciri kat atas ade kat ktk la criz..hahaha..:]
ReplyDeletebengong...hahaha...saja jak nak bgtahu korang supaya xkena takel ngan saya nanti...hehehe
ReplyDeletehanis...x smua ciri tu kmk ada...kmk cma ada ciri ke 9 ngan 10 jak...hahaha
ReplyDelete