FAKULTI SAINS SOSIAL
SSR2014
KONSEP ASAS DAN ISU-ISU PEMBANGUNAN
Migrasi Wanita
Pendahuluan
Sejak lima dekad yang lalu, bilangan penduduk di Malaysia telah mengalami pola perubahan penduduk yang positif iaitu daripada segi kadar kelahiran, struktur umur dan jantina, kadar kematian dan migrasi. Peningkatan taraf hidup dalam kalangan masyarakat terutama dalam bidang pendidikan telah membawa perubahan yang drastik dalam kalangan mereka. Migrasi wanita bermaksud proses demografi yang melibatkan perpindahan khususnya kaum wanita dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dengan erti kata yang lebih senang difahami migrasi adalah perpindahan atau perhijrahan yang dilakukan oleh kaum wanita dari satu tempat ke satu tem,pat yang lain.
Sejarah migrasi golongan wanita ini umumnya berlaku seering dengan perluasan ekonomi yang dijalankan oleh kapitalis barat. Melalui perluasan ekonomi ini timbul lah banyak peluang pekerjaan yang sesetengahnya memerlukan bantuan tenaga daripada golongan wanita. Hal ini dapat menjelaskan bahawa migrasi wanita berlaku disebabkan oleh desakan taraf hidup yang semakin meningkat pada era ini. Migrasi golongan wanita telah memberi satu impak yang tidak kurang hebatnya dalam sesebuah negara yang sedang ataupun telah membangun.
Migrasi wanita amat penting dalam dunia moden terutamanya dalam proses urbanisasi dan perindustrian. Migrasi telah memberi impak yang amat besar dalam sebuah Negara membangun atau Negara sedang membangun. Selain itu ia mempunyai keterpilihan terhadap migrasi ke Bandar, khasnya aliran luar bandar ke bandar bagi migrasi antara daerah dalam negeri. Migran terdiri daripada remaja perempuan berumur antara 15-34 tahun manakala etnik melayu mempunyai kadar migran tertinggi di antara 3 etnik utama di Malaysia.
IMAGE 2
Carta bar tersebut menunjukkan pola migrasi dalam kalangan wanita mengikut destinasi yang dituju.
IMAGE 3
wanita.. wanita..wanita
Wanita berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk menampung keperluan hidup yang semakin meningkat pada era moden ini.
Faktor- faktor migrasi wanita di Malaysia
Pada zaman globalisasi ini, wanita memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Keadaan ini telah terbukti di Malaysia iaitu dengan ramai wanita yang telah melibatkan diri dalam pembangunan negara seperti dari segi ekonomi, politik, dan pendidikan.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi wanita di Malaysia. Faktor ekonomi merupakan faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya migrasi. Keadaan ekonomi yang mantap dan stabil di bandar menyebabkan banyak sektor-sektor perkilangan telah diwujudkan. Pengagihan pekerjaan dan kekayaan yang lebih tertumpu di bandar – bandar besar telah menyebabkan ramai wanita mengubah pemikiran mereka untuk berhijrah ke bandar untuk merebut peluang yang ada. Pendapatan yang mereka dapat daripada bekerja di kilang lebih tinggi daripada pendapatan mereka di kampung dan ini menyebabkan golongan wanita ini terus tertarik untuk menetap di bandar.
Manakala, faktor kedua yang menyebabkan berlaku migrasi wanita dari luar bandar ke bandar, dan dari bandar ke bandar adalah untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik. Bandar-bandar metropolitan di Malaysia seperti Kuala Lumpur dan Lembah Klang adalah bandar yang sedang pesat membangun dan mempunyai segala kemudahan yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan luar bandar dan juga bandar-bandar yang lain. Kemudahan seperti perkhidmatan kendaraan, perkhidmatan kesihatan, dan perkhidmatan komunikasi yang tinggi telah menyebabkan ramai migran wanita yang tidak mahu ketinggalan untuk menikmati kemudahan tersebut.
Selain itu, faktor pendidikan juga merupakan salah satu faktor popular yang menyebabkan migrasi wanita di Malaysia.
Menurut Berita Harian Online (2010),pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan di universiti awam apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 yang akan mendaftar pada Sabtu dan Ahad ini.
Daripada berita harian tersebut, terbuktilah bahawa migrasi wanita ke bandar adalah disebabkan oleh faktor pendidikan. Golongan wanita pada zaman sekarang semakin sedar akan kepentingan pendidikan untuk masa depan mereka. Wanita juga tidak bahu ketinggalan daripada pelajar lelaki dalam bidang pendidikan tidak seperti wanita pada zaman dulu yang hanya mempunyai pemikiran untuk tinggal di kampung sahaja.
Di samping itu, keluarga juga merupakan faktor migrasi wanita di Malaysia. Ramai migran wanita yang berada di bandar yang terpaksa mengikut suami mereka bekerja di bandar tersebut. Tanggungjawab sebagai isteri mendorong mereka untuk berhijrah ke bandar bersama-sama ahli keluarga yang lain. Ada juga segelintir isteri yang menjalankan pekerjaan sampingan seperti membuat kraf tangan, menjual kuih muih, menjahit pakaian dan juga sebagainya. Situasi ini akan dapat membantu suami mereka untuk mendapatkan pendapatan sampingan seterusnya dapat menambahkan pendapatan suami untuk meningkatkan taraf hidup yang lebih tinggi.
Peratusan golongan wanita melakukan migrasi antara daerah dan antara negeri mengikut umur, etnik dan kadar penyertaan buruh.
Taburan peratus migrasi antara negeri bagi golongan wanita Malaysia pada tahun 1986 sehingga 1991 adalah di antara umur 5 tahun sehingga umur 70 tahun. Umur dalam kalangan wanita yang paling banyak melakukan migrasi adalah antara umur 9 tahun sehingga umur 34 tahun. Migrasi golongan wanita pada umur 9 tahun sehingga 19 tahun adalah disebabkan faktor pendidikan yang terdapat dinegeri-negeri lain. Manakala bagi kalangan umur 20 tahun sehingga 34 tahun kebanyakkannya golongan wanita melakukan migrasi disebabkan oleh faktor pekerjaan yang tinggi iaitu semasa pasaran buruh dan terdapat kemungkinan pergerakan ini mempunyai kaitan dengan perkahwinan. Kebanyakkan migrasi antara negeri banyak dilakukan ke negeri-negeri yang mempunyai banyak kemudahan dan faktor pelaburan yang terdapat dipasaran. Antara negeri yang sering kali menjadi tumpuan untuk melakukan migrasi adalah negeri besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor.
Negeri Selangor mengekalkan kedudukannya sebagai negeri yang palingdigemari serta merekodkan bilangan migrasi masuk bersih dari semua negeri lain yang tertinggi, baik dari segi angka mutlak mahupun peratusan daripada jumlah penduduk negeri tersebut.
( Migrasi dalaman di Malaysia tahun 1996 ,muka surat 43)
Manakala bagi migrasi antara daerah yang dilakukan oleh golongan wanita mengikut umur pula ialah dari peringkat umur 15 tahun sehingga 50 tahun. Faktor migrasi antara daerah yang banyak dilakukan pada umur 15 tahun sehingga 24 tahun kerana disebabkan faktor pendidikan yang terdapat disebuah daerah. Sebagai contohnya di Sarawak adalah, daerah seperti Saratok, Pusa, Roban dan Spaoh kebanyakkannya melakukan migrasi ke bahagian Betong untuk melanjutkan pendidikan yang lebih tinggi. Hal ini kerana, di bahagian Betong mempunyai banyak pilihan untuk melanjutkan pelajaran dan berhampiran dengan tempat mereka. Di samping itu juga, faktor pekerjaan juga menyebabkan migrasi wanita dari satu tempat ke tempat yang lain dan hal ini kerana, terdapat kekosongan jawatan disebuah daerah yang baru dibangunkan.
Seterusnya adalah migrasi antara negeri daripada jumlah penduduk mengikut etnik golongan wanita di Malaysia di antara tahun 1986 sehingga 1991. Migrasi antara negeri untuk golongan wanita mengikut etnik ialah kumpulan etnik wanita Melayu mempunyai kadar migrasi yang tertinggi iaitu sebanyak 8.5% berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Kumpulan etnik wanita India pula menduduki tempat kedua dengan kadar migrasi 6.9% dan seterusnya kumpulan etnik wanita cina pula menduduki tempat ketiga dengan kadar migrasi 6.9% untuk melakukan migrasi daripada tiga kumpulan etnik utama di Malaysia. Bagi bumiputera lain pula adalah mempunyai peratusan yang sangat kecil untuk melakukan migrasi antara negeri iaitu sebanyak 1.2% sahaja. Jumlah keseluruhan migrasi yang dilakukan oleh golongan wanita antara negeri adalah sebanyak 6.2%.
Seterusnya adalah migrasi antara daerah bagi golongan wanita mengikut etnik pula mempunyai sedikit berlainan berbanding dengan migrasi antara negeri. Migrasi golongan wanita Melayu antara daerah adalah sebanyak 5.4% sahaja berbanding dengan migrasi antara negeri bagai wanita Melayu sebanyak 8.5%. Seterusnya adalah golongan wanita India pula menunjukkan peratusan sebanyak 4.1% untuk melakukan migrasi antara daerah. Perbezaannya hanya sedikit sahaja berbanding dengan migrasi antara negeri bagi golongan wanita India. Bagi migrasi golongan wanita Cina pula menunjukkan bilangan migrasi yang sedikit, hal ini kerana kebanyakkan golongan Cina telah tinggal dikawasan perniagaan mereja. Bumiputera lain telah menyumbangkan kadar migrasi yang tertinggi di kalangan etnik lain untuk migrasi antara daerah iaitu sebanyak 8.6%. Kumpulan bumiputera ini adalah termasuk kumpulan etnik Sabah iaitu Kadazan dan Dusun dan kumpulan etnik Iban di Sarawak yang merupakan kumpulan etnik utama dinegeri Sarawak. Kadar ini turut menunjukkan atau mencerminkan tahap pergerakan antara daerah yang lebih tinggi di Sabah dan Sarawak.
Kadar penyertaan tenaga buruh bagi migrasi antara negeri dan migrasi antara daerah mengikut kumpulan umur bagi golongan wanita di Malaysia pada tahun 1986 sehingga 1991 jelas menunjukkan factor golongan wanita melakukan migrasi. Migrasi golongan wanita antara negeri adalah sebanyak 45% tenaga buruh untuk sesebuah pekerjaan. Kumpulan umur wanita yang kerap melakukan migrasi adalah di antara 25 tahun sehingga 29 tahun. Hal ini kerana, kebanyakkan migrasi pada umur ini adalah golongan wanita yang telah tamat melanjutkan pengajian mereka di institusi dan mereka mempunyai pelunag pekerjaan yang tinggi di negeri yang besar contohnya Kuching, Selangor, Johor dan sebagainya. Bagi penyertaan tenaga buruh wanita kadaran yang lebih tinggi telah direkodkan bagi kedua-dua migrasi antara negeri dan juga migrasi antara daerah yang berumur 20 tahun sehingga 24 tahun yang mungkin didorong untuk berpindah berkaitan dengan kemasukan dalam tenaga kerja.
Faktor pendidikan biasanya menunjukkan prestasi yang positif dengan migrasi kerana kebanyakkan golongan muda mungkin berpindah untuk melanjutkan pendidikan yang lebih tinggi. Di samping itu, ada di antara mereka yang berpendidikan tinggi berpindah bagi mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan tahap pendidikan mereka. Perbezaan tahap pendidikan boleh dinilai melalui pencapaian pelajaran dan tahap kelulusan mereka dimana kedua-dua ini diambil semasa banci penduduk dan perumahan yang diadakan oleh agensi kerajaan untuk mengetahui bilangan penduduk di Malaysia yang masih belajar dan bekerja.
Negara-Negara Maju Lebih Banyak Menerima Migran Wanita daripada Negara-Negara membangun???
Sebagai contohnya ialah anggaran yang dikeluarkan oleh United Nations Population Division pada tahun 1998 untuk tempoh 1965- 2000. Dari pemerhatian tersebut, wanita dan anak perempuan telah menyumbang kepada perkadaran yang tinggi dari semua migran antarabangsa dalam jangka masa yang lama. Migran wanita telah meghampiri jumlah migran lelaki selama lebih daripada 40 tahun iaitu migran wanita berjumlah 35 juta dan migran lelaki pula berjumlah 40 juta pada tahun 1960. Migran wanita lebih besar di negara-negara maju berbanding negara membangun iaitu mempunyai sebanyak 48 peratus pada tahun 1960 sedangkan negara membangun pula sebanyak 46 peratus. Contoh-contoh bagi negara maju ialah Amerika Syarikat, Eropah dan lain-lain telah menerima banyak migrasi dari negara-negara lain. Hal ini demikian kerana migran wanita lebih akses kepada pelbagai jenis pekerjaan yang menepati kelayakan mereka dengan tahap kemahiran dan pendidikan golongan wanita pada masa kini.
KESAN-KESAN MIGRASI WANITA DI MALAYSIA
Terdapat tiga kesan yang telah dikenalpasti terhadap migran wanita iaitu kesan ekonomi, sosial dan juga politik. Dalam kesan ekonomi, golongan wanita akan berpeluang mendapat pekerjaan yang bersesuaian. Pekerjaan yang dimiliki oleh golongan ini akan mengukuhkan lagi pendapatan mereka supaya menjadi lebih baik. Selain itu, melalui pendapatan tetap yang diperoleh, golongan ini secara tidak langsung akan memikirkan tentang kehendak mereka sendiri. Golongan wanita akan mula merancang tentang pembangunan peribadi contohnya seperti ingin meningkatkan tahap sosio-ekonomi serta memenuhi keperluan yang mereka perlukan.
Selain itu, golongan wanita ingin meningkatkan prestasi dalam pekerjaan yang mereka miliki. Menurut Abdul Samad Hadi “ Dalam kalangan migran wanita pula pada tahun 1970-an, sebilangan besar dapat meningkatkan prestasi mereka dengan bekerja di kilang-kilang intensif-buruh” ( 1989: 137) Keadaan ini menjadi lebih baik daripada keadaan tanpa pekerjaan di kampung asal. Oleh itu, penglibatan wanita yang memilih bekerja di kilang-kilang telah mendapat gelaran sebagai "minah kilang".
Kesan sosial juga dapat mempengaruhi migran wanita di kawasan bandar. Golongan wanita yang berpindah dari desa ke bandar akan menunjukkan mereka perlu menjalani satu kehidupan yang baru. Tambahan lagi, golongan ini juga terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan setempat walaupun golongan wanita mementingkan hubungan kekeluargaan dan keadaan sosial terutamanya dengan masyarakat yang sama dari segi bahasa, kaum dan budaya dari tempat asal mereka. Kesan sosial seterusnya ialah kualiti hidup imigran wanita meningkat contohnya mendapat kemudahan elektrik dan bekalan air bersih serta infrastruktur lain seperti penggunaan pengangkutan awam.
Di samping itu, migran wanita juga akan mempunyai kesedaran terhadap masyarakat setempat di kawasan bandar contohnya seperti wujudnya masyarakat yang berbilang kaum, agama, budaya dan bahasa. Kewujudan keadaan ini membuka peluang kepada imigran untuk meluaskan pergaulan kerana pergaulan bersama masyarakat yang berbilang ini akan timbulnya perbezaan pendapat dan dapat berkongsi tentang pengalaman dan budaya masing-masing.
Selain daripada kesan ekonomi dan sosial, kesan politik juga mempengaruhi migran wanita. Melalui kesan politik ini, imigran wanita mula mengambil berat dan mempunyai kesedaran tentang hal-hal politik serta keahlian dalam parti-parti politik. Hal ini berlaku kerana hal-hal politik akan mempengaruhi keadaan pada masa hadapan melalui polisi-polisi yang mereka akan laksanakan contohnya, polisi dalam pendidikan. Migran wanita secara tidak langsung akan memikirkan tentang anak-anak mereka terhadap persaingan yang perlu anak mereka hadapi. Mereka berfikiran sebegitu kerana mereka sedar bahawa pentingnya pendidikan yang baik untuk anak-anak mereka untuk kepentingan pada masa hadapan.
Oleh itu, terdapat beberapa kesan yang akan mempengaruhi pembangunan daripada kegiatan migrasi wanita ini. Kesan migrasi wanita ke atas pembangunan termasuklah terhadap proses pembandaran, pertumbuhan penduduk dan peningkatan pesat dalam perindustrian. Kesan terhadap proses pembandaran akan berlaku kerana pertambahan penduduk di bandar-bandar utama. Menurut Abdul Samad Hadi, “Bandaraya Kuala Lumpur telah diperluas menjadi satu bandaraya dengan luas ruang sempadannya 225km persegi pada awal 1970-an”. (1989:138).
Selain itu, pertumbuhan penduduk juga merupakan kesan terhadap pembangunan. Pertumbuhan penduduk di bandar-bandar utama akan mewujudkan kepadatan penduduk di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, pertumbuhan penduduk di bandar-bandar utama dikatakan dapat meningkatkan harga tanah. Hal ini akan menyebabkan imigran tidak mampu untuk membayar tanah bagi membina rumah. Keadaan ini secara tidak langsung akan mewujudkan perumahan setinggan yang mempunyai keperluan asas yang tidak mencukupi.
Seterusnya ialah kepesatan perindustrian juga mampu mempengaruhi pembangunan. Kedatangan imigran wanita akan mempengaruhi sektor perindustrian. Hal ini terjadi kerana imigran wanita yang terlibat dalam sektor perindustrian akan mengurangkan masalah kekurangan tenaga kerja seperti dalam sektor perkilangan. Kepesatan sektor perindustrian akan mewujudkan lebih banyak kilang-kilang didirikan supaya dapat meningkatkan produktiviti sekaligus meningkatkan kemajuan yang memuaskan.
IMAGE 4
Gambar menunjukkan kesan daripada migasi yang menyebabkan kepadatan penduduk di kawasan yang dituju oleh imigran khususnya imigran wanita.
Kesimpulan
Secara konklusinya, migrasi wanita bukan lagi merupakan fenomena baru bagi negara kita. Hal ini demikian kerana jumlah wanita yang akan bermigrasi ke negara lain akan terus meningkat pada setiap tahun. Wanita kini telah mendapat peranan dan tanggungjawab yang sama seperti golongan lelaki yang lain. Oleh itu, wanita harus bersedia dalam menangani segala cabaran yang bakal dihadapi dalam semasa ke semasa. migrasi terhadap wanita ini secara umumnya adalah disebabkan oleh faktor taraf hidup yang tinggi pada masa kini. wanita juga harus keluar rumah untuk mencari pendapatan agar dapat menampung keperluan hidup pada zaman moden ini.
Reference
Abdul Samad Hadi, 1989.
Mobiliti Penduduk, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Migrasi Dalaman di Malaysia, 1996. Kuala Lumpur : Jabatan Perangkaan Malaysia, muka surat 43.
Sopemi, 2008. International Migration Outlook, Organisation for Economic Co-operation and Development, Paris.
SLeepy but HAVE to edit this....x sabar nya mok hbskn everything...chaiy0k2... <E.D.I.T M.O.D.E>