Search This Blog

Wednesday, April 13, 2011

~BORING~

Boring...satu perkataan yang selalu 
kita dengar...cuba kita buat sesuatu yang boleh buat kita tiba-tiba fokus 
seperti bermain PC games atau outdoor games seperti bola sepak dan sebagainya, confirm kita 
tidak akan rasa boring...saya kadang2 terfikir mengenai 1 perkara ini...saya berasal daripada keluarga petani dari sebuah kampung pedalaman di Sarawak...keluarga kami ini boleh dikatakan sederhana la...nak katakan miskin sangat tak juga sebab boleh juga makan nasi hari2...nak katakan kaya sangat pun tak juga sebab kereta sebuah pun tidak ada...perkara utama yang saya nak share di sini adalah mengenai sumber kewangan untuk pelajar UNIVERSITI seperti kami ini...kami belajar di universiti awam tetapi terpaksa meminjam duit dari PTPTN...lagi satu yang saya nak share di sini adalah duit pinjaman dai PTPTN langsung tidak mencukupi untuk pengajian di universiti...nak beli buku lagi, buat projek, makan minum dan segalanya semua menggunakan perbelanjaan sendiri...terpaksa ADVANCE dari ibubapa...memang tanggungjawab 
ibubapa la untuk menanggung anaknya sendiri tapi kita sebagai anaknya pun
tidak mahu membebankan ibubapanya sendiri terutamanya dari 
segi kewangan...ini cuma luahan hati seorang student dan juga seorang anak...

Thursday, March 31, 2011

Read it and try to understand what I want to share....

Dalam agama Kristian Katolik, kematian melalui bunuh diri dianggap sebagai suatu dosa besar. Alasan utama Gereja Katolik adalah bahawa hayat seseorang itu dimiliki oleh Tuhan dan oleh itu, pemusnahan nyawa disamakan dengan perbuatan untuk menguasai apa yang sebenarnya dipunyai Tuhan.  Gereja Katolik mengajar bahawa tidak adanya sebarang kewajipan moral bagi sesiapa memilih kaedah-kaedah luar biasa untuk menyelamatkan orang-orang yang menghadapi kematian yang mungkin.

 Perkara 2281 dalam Soal Jawab mengatakan:
2281: Bunuh diri menentang kecenderungan semula jadi manusia untuk memelihara dan mengekalkan hidupnya. Ia menentang kasih sayang kepada diri sendiri. Ia juga menyinggung kasih sayang jiran kerana ia memutuskan pertalian perpaduan secara tidak adil dengan keluarga, negara, dan masyarakat-masyarakat lain di mana kita punyai kewajipan. Bunuh diri adalah bertentangan dengan kasih sayang kepada Tuhan yang hidup.

Soal Jawab Gereja Katolik 1997
menunjukkan bahawa bunuh diri mungkin tidak selalunya dilakukan dengan kesedaran yang penuh – dan oleh itu tidak seratus peratus dianggap salah dari segi moral: "Gangguan psikologi yang teruk, sesakan jiwa, atau ketakutan terhadap kesusahan, penderitaan, atau penyeksaan, boleh mengurangkan kebertanggungjawapan seseorang yang membunuh diri."
Konteks yang penting tentang pengutukan bunuh diri Gereja Katolik ialah desakan mutlak Gereja terhadap kesucian hidup. Adalah dari segi ini, dan memandangkan bahawa perbuatan itu dilakukan oleh seseorang yang berfikir selepas pertimbangan jelas bahawa Gereja menganggap bunuh diri sebagai salah satu daripada dosa yang paling besar dan dengan itu mengakibatkan risiko penglaknatan abadi.  

 Seriusnya pendirian Gereja terdiri daripada dua alasan:
1.    Bunuh diri ialah penolakan kasih sayang Tuhan kepada manusia, dan kasih sayang manusia kepada Tuhan.
2.    Bunuh diri mengakibatkan perpecahan komuniti-komuniti kawan, orang-orang yang disayangi, dan masyarakat umumnya.

Sunday, January 16, 2011

Latihan Kem Tahunan Palapes Senior 2010

Pada Disember 2010, Palapes UNIMAS telah mengadakan Latihan Kem Tahunan yang disertai oleh 3 peringkat iaitu peringkat junior, intermediate dan peringkat senior....
Peringkat senior akan mengadakan latihan dalam 2 fasa iaitu fasa pertahanan dan fasa pengunduran...di sini saya kongsikan pengalaman kami sebagai pegawai kadet senior yang menjalankan kedua-dua fasa ini...

 Ini merupakan gambar sebelum menjalankan ujian membaca peta...kiranya tengah revision la ni...hahaha...yang paling terer membaca peta adalah Jim yang duduk tepi sebelah kiri sekali tu...

 Ini gambar semasa menjalankan ujian bertulis...agak susah juga ujian ni...ia merupakan ujian teori bagi senjata dan juga ilmu medan perang...

 Wajah-wajah semasa menjalankan ujian pengedalian senjata...hehehe...ni la ujian paling senang rasanya...

 Cara-cara mengendalikan senjata MGKA atau secara amnya mesingan berat...memang berat pun senjata ni...campur tripodnya lebih kurang 20kg...

 Yang ini pula muka-muka sebelum bertolak pergi ke kawasan operasi...hehehe....agak menggerunkan...

 Ini adalah kawasan operasi di mana platun kami diarahkan membuat pertahanan tahap yang ke-3 iaitu tahap yang paling susah...kami dikehendaki menggali kubu sehingga ke paras dada dan diberi masa selama 3 hari 2 malam untuk menggali...peralatan yang dibekalkan adalah cangkul dan skop...selama 2 malam kami  tak tidur...memang cukup membuatkan mental kita tercabar...

 Saya sedang duduk di sebelah kubu yang baru siap dibuat dan juga jalan perhubungan di belakangnya...hehehe

 Ini adalah kubu MGKA atau kubu untuk mesingan berat...inilah kubu yang paling besar dan paling sukar untuk dibuat...Akmal dengan Faizol tengah pose di dalamnya...hahaha

 Ini pula gambar yang sempat dirakam di saat kawan-kawan yang lain masih menggali kubu mereka...yang berada dalam gambar ini memang suka bergambar...pantang ada kamera disitulah ada mereka...ehem2

 Gambar ini pula menunjukkan pandangan dari hadapan kubu MGKA...

 Selepas duduk di hutan selama seminggu, kem pun habis...so ini adalah Majlis Makan Malam Kem Tahunan 2010...dipersilakan para technician tengah bertungkus-lumus untuk mempersiapkan kerja mereka untuk menjayakan majlis malam itu...

 Pandangan dari hadapan kedudukan kerusi dan meja untuk para jurulatih dan juga pegawai kadet...

 Ini adalah jejaka-jejaka tampan senior yang menhangatkan malam itu...hahaha

Gambar para pemenang pingat pertandingan-pertandingan yang dipertandingkan pada masa Kem Tahunan tersebut....kiranya semua jaguh-jaguh la ni...
 Gambar-gambar kenangan sebelum mula bercuti pada keesokan harinya...hehehe

Inilah team yang paling mantap diketuai oleh Cheang, Patrick, Cassidy, Adib, Akmal, Chris(aku lah), Teren, Roland dan Henry yang tertonggeng tu...hehehe
So habislah sudah kesusahan dan juga cabaran yang kami tempuhi selama 3 tahun bermula dari kami junior, intermediate dan yang terakhir sekali peringkat senior...setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ketua jurulatih Palapes UNIMAS, Mejar Kamarulzuhan, jurulatih-jurulatih kami dan juga anggota-anggota skuad kami yang telah banyak menolong dan juga sama-sama berjuang selama ini...jasa anda semua tetap akan dikenang...simpan lah kenangan kita ini...
MAJULAH PALAPES UNIMAS

Thursday, November 18, 2010

Hachiko: A Dog's Story

“Hachiko: A Dog's Story” adalah filem genre drama Amerika Syarikat produksi
tahun 2009 yang ceritanya diambil dari kisah benar seekor anjing jenis Akita Inu bernama Hachikō. Filem ini merupakan “remake” dari filem Jepun “Hachikō Monogatari” produksi tahun 1987. Filem ini diarahkan oleh Lasse Hallström dan dibintangi oleh Richard Gere, Joan Allen, dan Sarah Roemer.
Di Amerika Syarikat, tayangan perdana filem ini dilakukan di Festival Filem Antarabangsa Seattle, 13 Jun 2009. Tayangan perdana di luar Amerika Syarikat dilakukan di Jepun pada 8 Ogos 2009.

Sinopsis:
Filem ini adalah berdasarkan dari sebuah kisah benar di Jepun. 
Di sebuah kelas, murid-murid sedang bercerita mengenai tokoh pahlawan mereka. Seorang budak lelaki bernama Ronnie bercerita tentang anjing datuknya yang bernama Hachiko. Bertahun-tahun yang lampau, seekor anak anjing jenis Akita tiba di Amerika dari Jepun. Di stesen kereta api, anak anjing itu terlepas setelah kandangnya terjatuh dari tempat rak barang dan dijumpai oleh seorang professor kolej bernama Parker Wilson (Richard Gere). Parker terus menyukai anak anjing itu. Setelah Carl, penjaga stesen itu menolak untuk menjaganya, Parker membawanya pulang ke rumah. Di rumah, isteri Parker yang bernama Cate (Joan Allen) keberatan untuk membenarkan suaminya memelihara anak anjing.
Keesokan harinya, Parker berharap agar pemilik anjing itu akan menghubungi stesen kereta api itu namun pemiliknya yang sebenarnya tidak muncul-muncul. Parker membawa anak anjing itu naik kereta api secara diam-diam ke kolej tempatnya bekerja. Di kolej, Parker diberitahu oleh seorang rakannya yang juga professor kolej berbangsa Jepun bernama Ken, bahawa tanda di kalung anak anjing itu dibaca sebagai Hachi dalam bahasa Jepun di mana Hachi bererti “nasib baik”. Parker lalu memberi nama anak anjing itu, Hachi. Menurut Ken, Parker dan Hachi sudah ditakdirkan untuk saling bertemu. Pada suatu hari, Cate menerima panggilan telefon dari seseorang yang ingin memelihara Hachi. Namun Cate kemudian membiarkan suaminya memelihara Hachi setelah melihat suaminya makin mesra dengan anak anjing itu.
Waktu berlalu dan Hachi telah menjadi anjing Parker yang setia. Meskipun demikian, Parker hairan Hachi menolak untuk melakukan kebiasaan normal seekor anjing seperti mengejar dan memungut bola. Ken memberitahu bahawa Hachi hanya akan mahu mengambil bola untuk alasan yang istimewa. Pada suatu pagi ketika Parker turun ke tempat kerja, Hachi menyelinap ke luar dan mengikutinya hingga sampai di stesen kereta api. Hachi menolak ketika disuruh pulang hingga Parker sendiri yang menghantarkannya pulang ke rumah. Selepas itu, Hachi kembali pergi ke stesen dan menunggu hingga kereta api yang dinaiki tuannya datang. Parker akhirnya membiarkan Hachi menghantarnya ke stesen setiap hari. Setelah kereta api tuannya bertolak, Hachi pulang sendiri ke rumah tapi ketika hari sudah tengah hari, ia kembali lagi ke stesen untuk menunggu tuannya sampai. Kebiasaan Hachi menghantar dan menunggu Parker balik berlangsung beberapa lama.
Pada suatu hari, Hachi menolak untuk menghantar Parker yang ingin turun ke tempat kerja. Parker akhirnya pergi sendirian tapi Hachi kemudian mengejarnya sambil membawa bola. Parker terkejut tetapi gembira apabila Hachi akhirnya mahu bermain bola. Parker tidak ingin terlambat turun ke tempat kerja dan pergi juga walaupun dilarang oleh Hachi yang terus menyalak dan mengajak Parker bermain bola itu. Pada hari itu itu, Parker yang mengajar kelas muzik sambil memegang bola milik Hachi terjatuh di dalam dewan kuliah dan tidak sedarkan diri. Dia kemudian dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
Di stesen, Hachi dengan sabar menunggu ketibaan kereta api yang biasa dinaiki oleh tuannya ketika pulang namun tuannya tidak juga pulang. Dia terus menunggu hingga Michael, menantu Parker membawanya pulang. Keesokan harinya, Hachi kembali ke pergi ke stesen dan menunggu tuannya. Ia menunggu sepanjang hari dan sepanjang malam. Setelah suaminya meninggal, Cate menjual rumah mereka dan memberikan Hachi untuk dipelihara oleh anak perempuan Cate yang bernama Andy. Hachi dibawa berpindah ke rumah Andy yang tinggal bersama suami bernama Michael. Keduanya mempunyai seorang cahaya mata bernama Ronnie. Hachi kemudian lari untuk pulang ke rumah tempat tinggalnya dulu. Ia kembali menunggu tuannya yang tidak  pulang-pulang di stesen. Hachi selalu duduk menunggu di tempat ia biasa menunggu. Penjual makanan di stesen bernama Jas merasa kasihan dan memberinya makan sosej. Andy mencari Hachi dan menjumpainya di stesen. Hachi dibawa pulang namun keesokan harinya dilepaskan untuk kembali pergi ke stesen.
Hachi mulai tidur di tempat  gerabak kereta api yang rosak. Ia pergi ke stesen untuk menunggu tuannya pada waktu siang dan makan dari makanan dan air yang diberikan oleh Jas dan seorang tukang daging. Pada satu hari, wartawan surat khabar bernama Teddy ingin tahu asal usul Hachi. Dia kemudian menulis cerita tentang anjing itu. Setelah membaca artikel di surat kabar, ramai orang mula mengirim wang kepada Carl dengan pesan agar wang tersebut digunakan untuk membelikan makanan untuk Hachi. Ken, sahabat Parker membaca artikel yang ditulis Carl dan menyatakan kesediaan untuk menyara hidup Hachi. Walaupun Parker sudah setahun meninggal dunia, Ken menyedari Hachi masih ingin dan merasa harus untuk menunggu kepulangan tuannya.
Sepuluh tahun berlalu dan Hachi masih tetap setia menunggu tuannya di stesen. Ketika mengunjungi makam Parker semasa ulang tahun kematiannya, Cate bertemu dengan Ken dan mengaku dirinya masih merasa kehilangan suaminya yang sudah meninggal sepuluh tahun lalu. Cate kemudian pergi ke stesen tempat Hachi menunggu. Diaa terkejut melihat Hachi yang sudah tua, kotor dan lemah namun masih terus setia menunggu tuannya. Cate kemudian duduk bersama dengan Hachi dan menemankannya menunggu kereta api yang seterusnya tiba. Ketika kembali ke rumah, Cate bercerita tentang Hachi kepada Ronnie yang sudah berusia 10 tahun. Malam itu, Hachi menunggu di tempatnya biasa menunggu dan berbaring serta kemudiannya terlelap bermimpi bertemu Parker dan pada malam itu dia pun mati.
Tamat sudah Ronnie bercerita tentang Hachi kepada rakan-rakan sekelasnya. Kesetiaan Hachi menunggu Parker, datuk Ronnie menjadikan Hachi sebagai pahlawan selama-lamanya di mata Ronnie. Petang itu, Ronnie berjalan-jalan bersama seekor anak anjing Akita di tempat datuknya pernah berjalan-jalan bersama Hachi.

~Anjing Hachiko yang sebenarnya, lahir di Odate, Jepun pada tahun 1923. Setelah pemiliknya yang bernama Dr. Eisaburo Ueno, seorang professor di Universiti Tokyo meninggal dunia pada bulan Mei 1925, keesokan harinya Hachi kembali menunggu kepulangan tuannya di Stesen Shibuya. Dia terus menunggu dan menunggu hingga sembilan tahun berikutnya. Hachiko akhirnya mati pada bulan Mac 1935. Patung Hachiko diperbuat daripada gangsa kini dapat dijumpa di tempatnya biasa menunggu, di luar Stesen Shibuya, Tokyo.~

Tuesday, November 9, 2010

World's Top 3

Anda ingin tahu??? Setelah menjalankan research selama 1 semester, saya telah mendapat result yang cukup tepat bagi menentukan kedudukan budak-budak perempuan ESE group 18 yang paling ngegeh. Undian dan cara pemilihan pemenang adalah seperti berikut:
  1. Posing yang paling ngegeh. (20 markah)
  2. Muka yang paling ngegeh. (20 markah)
  3. FB yang paling ngegeh. (20 markah)
  4. Pakaian yang paling ngegeh. (20 markah)
  5. Senyuman yang paling ngegeh. (20 markah)   Jumlah markah: 100 markah

Tempat pertama dengan mengumpul jumlah keseluruhan markah sebanyak 75% dimenangi oleh....
 
~ Naz Zirah Bohari~

Tempat kedua dengan mengumpul jumlah keseluruhan markah sebanyak 74% dimenangi oleh....
 ~Hamz Zieyah~

Tempat ketiga dengan mengumpul jumlah keseluruhan markah sebanyak 73.5% dimenangi oleh....
~Niessa Nisa~

Inilah para finalis yang berjaya mengungguli Anugerah Ngegeh 2010...tahniah diucapkan kepada para pemenang...kepada para pelajar ESE group 18 yang telah kalah diminta mencuba lagi di tahun hadapan...sekian...hehehe

Monday, November 8, 2010

My Top 20 List

  1. My Lord
  2. My lovely Family 
  3. My guitar
  4. Sleeping….zZzZZZzzzzz
  5. Eating….hohoho
  6. Singing...
  7. Dynamics book
  8. Termodynamics 1 & 2
  9. Drawing…
  10. All the engineering things
  11. Musics…hehehe
  12. My friends???
  13. Hand phone LG…
  14. Laptop
  15. My Girl…hehehe
  16. Football things
  17. Volleyball 
  18. Liverpool F.C
  19. Lord of the Ring 1, 2 & 3…
  20. Harry Potter full…

 To NAZIRAH ngegeh...hahaha




Sunday, November 7, 2010

~Regret~

I'm regret NOW...I really2 mean it...I thought that I could fix ALL problem with my action (turn off the HP)...
U know what, something happen and I'm late for the news...sorry "Friend"...I'm sorry to hear that..and now I get  the "reply" for that, same as SMS..U got a "reply" when U text sum1...right???  I know that U are really sad now but I can't do anything 4 U..It's just like I have No MEANING in your life and I'm not a GOOD friend 4 u..I'm not there 4 u when u're in trouble..Please reply the msg..


I'm SHOCKED when your name are in the list of the inbox and u're telling me that your mom is sick!!! and mayB BRAIN CANCER????I never and would never thought of it..Please tell me that U are LYING!!!
U know what???The day I text U, I'm asking 4 ur mom and I don't know why....Suddenly, U and your mom crossed my mind...I just met her for the 1st time this year and I don't want it would be the last time..I hope she would be FINE...and U, please reply my msg if I'm your fren...


If I know this would happen, I rather not to LOVE anyone if they're leaving me behind..Why the person that I love always left me???


*Chris, I'm sorry if I messy ur bLog... :(