Search This Blog

Wednesday, April 13, 2011

~BORING~

Boring...satu perkataan yang selalu 
kita dengar...cuba kita buat sesuatu yang boleh buat kita tiba-tiba fokus 
seperti bermain PC games atau outdoor games seperti bola sepak dan sebagainya, confirm kita 
tidak akan rasa boring...saya kadang2 terfikir mengenai 1 perkara ini...saya berasal daripada keluarga petani dari sebuah kampung pedalaman di Sarawak...keluarga kami ini boleh dikatakan sederhana la...nak katakan miskin sangat tak juga sebab boleh juga makan nasi hari2...nak katakan kaya sangat pun tak juga sebab kereta sebuah pun tidak ada...perkara utama yang saya nak share di sini adalah mengenai sumber kewangan untuk pelajar UNIVERSITI seperti kami ini...kami belajar di universiti awam tetapi terpaksa meminjam duit dari PTPTN...lagi satu yang saya nak share di sini adalah duit pinjaman dai PTPTN langsung tidak mencukupi untuk pengajian di universiti...nak beli buku lagi, buat projek, makan minum dan segalanya semua menggunakan perbelanjaan sendiri...terpaksa ADVANCE dari ibubapa...memang tanggungjawab 
ibubapa la untuk menanggung anaknya sendiri tapi kita sebagai anaknya pun
tidak mahu membebankan ibubapanya sendiri terutamanya dari 
segi kewangan...ini cuma luahan hati seorang student dan juga seorang anak...

Thursday, March 31, 2011

Read it and try to understand what I want to share....

Dalam agama Kristian Katolik, kematian melalui bunuh diri dianggap sebagai suatu dosa besar. Alasan utama Gereja Katolik adalah bahawa hayat seseorang itu dimiliki oleh Tuhan dan oleh itu, pemusnahan nyawa disamakan dengan perbuatan untuk menguasai apa yang sebenarnya dipunyai Tuhan.  Gereja Katolik mengajar bahawa tidak adanya sebarang kewajipan moral bagi sesiapa memilih kaedah-kaedah luar biasa untuk menyelamatkan orang-orang yang menghadapi kematian yang mungkin.

 Perkara 2281 dalam Soal Jawab mengatakan:
2281: Bunuh diri menentang kecenderungan semula jadi manusia untuk memelihara dan mengekalkan hidupnya. Ia menentang kasih sayang kepada diri sendiri. Ia juga menyinggung kasih sayang jiran kerana ia memutuskan pertalian perpaduan secara tidak adil dengan keluarga, negara, dan masyarakat-masyarakat lain di mana kita punyai kewajipan. Bunuh diri adalah bertentangan dengan kasih sayang kepada Tuhan yang hidup.

Soal Jawab Gereja Katolik 1997
menunjukkan bahawa bunuh diri mungkin tidak selalunya dilakukan dengan kesedaran yang penuh – dan oleh itu tidak seratus peratus dianggap salah dari segi moral: "Gangguan psikologi yang teruk, sesakan jiwa, atau ketakutan terhadap kesusahan, penderitaan, atau penyeksaan, boleh mengurangkan kebertanggungjawapan seseorang yang membunuh diri."
Konteks yang penting tentang pengutukan bunuh diri Gereja Katolik ialah desakan mutlak Gereja terhadap kesucian hidup. Adalah dari segi ini, dan memandangkan bahawa perbuatan itu dilakukan oleh seseorang yang berfikir selepas pertimbangan jelas bahawa Gereja menganggap bunuh diri sebagai salah satu daripada dosa yang paling besar dan dengan itu mengakibatkan risiko penglaknatan abadi.  

 Seriusnya pendirian Gereja terdiri daripada dua alasan:
1.    Bunuh diri ialah penolakan kasih sayang Tuhan kepada manusia, dan kasih sayang manusia kepada Tuhan.
2.    Bunuh diri mengakibatkan perpecahan komuniti-komuniti kawan, orang-orang yang disayangi, dan masyarakat umumnya.

Sunday, January 16, 2011

Latihan Kem Tahunan Palapes Senior 2010

Pada Disember 2010, Palapes UNIMAS telah mengadakan Latihan Kem Tahunan yang disertai oleh 3 peringkat iaitu peringkat junior, intermediate dan peringkat senior....
Peringkat senior akan mengadakan latihan dalam 2 fasa iaitu fasa pertahanan dan fasa pengunduran...di sini saya kongsikan pengalaman kami sebagai pegawai kadet senior yang menjalankan kedua-dua fasa ini...

 Ini merupakan gambar sebelum menjalankan ujian membaca peta...kiranya tengah revision la ni...hahaha...yang paling terer membaca peta adalah Jim yang duduk tepi sebelah kiri sekali tu...

 Ini gambar semasa menjalankan ujian bertulis...agak susah juga ujian ni...ia merupakan ujian teori bagi senjata dan juga ilmu medan perang...

 Wajah-wajah semasa menjalankan ujian pengedalian senjata...hehehe...ni la ujian paling senang rasanya...

 Cara-cara mengendalikan senjata MGKA atau secara amnya mesingan berat...memang berat pun senjata ni...campur tripodnya lebih kurang 20kg...

 Yang ini pula muka-muka sebelum bertolak pergi ke kawasan operasi...hehehe....agak menggerunkan...

 Ini adalah kawasan operasi di mana platun kami diarahkan membuat pertahanan tahap yang ke-3 iaitu tahap yang paling susah...kami dikehendaki menggali kubu sehingga ke paras dada dan diberi masa selama 3 hari 2 malam untuk menggali...peralatan yang dibekalkan adalah cangkul dan skop...selama 2 malam kami  tak tidur...memang cukup membuatkan mental kita tercabar...

 Saya sedang duduk di sebelah kubu yang baru siap dibuat dan juga jalan perhubungan di belakangnya...hehehe

 Ini adalah kubu MGKA atau kubu untuk mesingan berat...inilah kubu yang paling besar dan paling sukar untuk dibuat...Akmal dengan Faizol tengah pose di dalamnya...hahaha

 Ini pula gambar yang sempat dirakam di saat kawan-kawan yang lain masih menggali kubu mereka...yang berada dalam gambar ini memang suka bergambar...pantang ada kamera disitulah ada mereka...ehem2

 Gambar ini pula menunjukkan pandangan dari hadapan kubu MGKA...

 Selepas duduk di hutan selama seminggu, kem pun habis...so ini adalah Majlis Makan Malam Kem Tahunan 2010...dipersilakan para technician tengah bertungkus-lumus untuk mempersiapkan kerja mereka untuk menjayakan majlis malam itu...

 Pandangan dari hadapan kedudukan kerusi dan meja untuk para jurulatih dan juga pegawai kadet...

 Ini adalah jejaka-jejaka tampan senior yang menhangatkan malam itu...hahaha

Gambar para pemenang pingat pertandingan-pertandingan yang dipertandingkan pada masa Kem Tahunan tersebut....kiranya semua jaguh-jaguh la ni...
 Gambar-gambar kenangan sebelum mula bercuti pada keesokan harinya...hehehe

Inilah team yang paling mantap diketuai oleh Cheang, Patrick, Cassidy, Adib, Akmal, Chris(aku lah), Teren, Roland dan Henry yang tertonggeng tu...hehehe
So habislah sudah kesusahan dan juga cabaran yang kami tempuhi selama 3 tahun bermula dari kami junior, intermediate dan yang terakhir sekali peringkat senior...setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ketua jurulatih Palapes UNIMAS, Mejar Kamarulzuhan, jurulatih-jurulatih kami dan juga anggota-anggota skuad kami yang telah banyak menolong dan juga sama-sama berjuang selama ini...jasa anda semua tetap akan dikenang...simpan lah kenangan kita ini...
MAJULAH PALAPES UNIMAS