Search This Blog

Thursday, November 18, 2010

Hachiko: A Dog's Story

“Hachiko: A Dog's Story” adalah filem genre drama Amerika Syarikat produksi
tahun 2009 yang ceritanya diambil dari kisah benar seekor anjing jenis Akita Inu bernama Hachikō. Filem ini merupakan “remake” dari filem Jepun “Hachikō Monogatari” produksi tahun 1987. Filem ini diarahkan oleh Lasse Hallström dan dibintangi oleh Richard Gere, Joan Allen, dan Sarah Roemer.
Di Amerika Syarikat, tayangan perdana filem ini dilakukan di Festival Filem Antarabangsa Seattle, 13 Jun 2009. Tayangan perdana di luar Amerika Syarikat dilakukan di Jepun pada 8 Ogos 2009.

Sinopsis:
Filem ini adalah berdasarkan dari sebuah kisah benar di Jepun. 
Di sebuah kelas, murid-murid sedang bercerita mengenai tokoh pahlawan mereka. Seorang budak lelaki bernama Ronnie bercerita tentang anjing datuknya yang bernama Hachiko. Bertahun-tahun yang lampau, seekor anak anjing jenis Akita tiba di Amerika dari Jepun. Di stesen kereta api, anak anjing itu terlepas setelah kandangnya terjatuh dari tempat rak barang dan dijumpai oleh seorang professor kolej bernama Parker Wilson (Richard Gere). Parker terus menyukai anak anjing itu. Setelah Carl, penjaga stesen itu menolak untuk menjaganya, Parker membawanya pulang ke rumah. Di rumah, isteri Parker yang bernama Cate (Joan Allen) keberatan untuk membenarkan suaminya memelihara anak anjing.
Keesokan harinya, Parker berharap agar pemilik anjing itu akan menghubungi stesen kereta api itu namun pemiliknya yang sebenarnya tidak muncul-muncul. Parker membawa anak anjing itu naik kereta api secara diam-diam ke kolej tempatnya bekerja. Di kolej, Parker diberitahu oleh seorang rakannya yang juga professor kolej berbangsa Jepun bernama Ken, bahawa tanda di kalung anak anjing itu dibaca sebagai Hachi dalam bahasa Jepun di mana Hachi bererti “nasib baik”. Parker lalu memberi nama anak anjing itu, Hachi. Menurut Ken, Parker dan Hachi sudah ditakdirkan untuk saling bertemu. Pada suatu hari, Cate menerima panggilan telefon dari seseorang yang ingin memelihara Hachi. Namun Cate kemudian membiarkan suaminya memelihara Hachi setelah melihat suaminya makin mesra dengan anak anjing itu.
Waktu berlalu dan Hachi telah menjadi anjing Parker yang setia. Meskipun demikian, Parker hairan Hachi menolak untuk melakukan kebiasaan normal seekor anjing seperti mengejar dan memungut bola. Ken memberitahu bahawa Hachi hanya akan mahu mengambil bola untuk alasan yang istimewa. Pada suatu pagi ketika Parker turun ke tempat kerja, Hachi menyelinap ke luar dan mengikutinya hingga sampai di stesen kereta api. Hachi menolak ketika disuruh pulang hingga Parker sendiri yang menghantarkannya pulang ke rumah. Selepas itu, Hachi kembali pergi ke stesen dan menunggu hingga kereta api yang dinaiki tuannya datang. Parker akhirnya membiarkan Hachi menghantarnya ke stesen setiap hari. Setelah kereta api tuannya bertolak, Hachi pulang sendiri ke rumah tapi ketika hari sudah tengah hari, ia kembali lagi ke stesen untuk menunggu tuannya sampai. Kebiasaan Hachi menghantar dan menunggu Parker balik berlangsung beberapa lama.
Pada suatu hari, Hachi menolak untuk menghantar Parker yang ingin turun ke tempat kerja. Parker akhirnya pergi sendirian tapi Hachi kemudian mengejarnya sambil membawa bola. Parker terkejut tetapi gembira apabila Hachi akhirnya mahu bermain bola. Parker tidak ingin terlambat turun ke tempat kerja dan pergi juga walaupun dilarang oleh Hachi yang terus menyalak dan mengajak Parker bermain bola itu. Pada hari itu itu, Parker yang mengajar kelas muzik sambil memegang bola milik Hachi terjatuh di dalam dewan kuliah dan tidak sedarkan diri. Dia kemudian dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
Di stesen, Hachi dengan sabar menunggu ketibaan kereta api yang biasa dinaiki oleh tuannya ketika pulang namun tuannya tidak juga pulang. Dia terus menunggu hingga Michael, menantu Parker membawanya pulang. Keesokan harinya, Hachi kembali ke pergi ke stesen dan menunggu tuannya. Ia menunggu sepanjang hari dan sepanjang malam. Setelah suaminya meninggal, Cate menjual rumah mereka dan memberikan Hachi untuk dipelihara oleh anak perempuan Cate yang bernama Andy. Hachi dibawa berpindah ke rumah Andy yang tinggal bersama suami bernama Michael. Keduanya mempunyai seorang cahaya mata bernama Ronnie. Hachi kemudian lari untuk pulang ke rumah tempat tinggalnya dulu. Ia kembali menunggu tuannya yang tidak  pulang-pulang di stesen. Hachi selalu duduk menunggu di tempat ia biasa menunggu. Penjual makanan di stesen bernama Jas merasa kasihan dan memberinya makan sosej. Andy mencari Hachi dan menjumpainya di stesen. Hachi dibawa pulang namun keesokan harinya dilepaskan untuk kembali pergi ke stesen.
Hachi mulai tidur di tempat  gerabak kereta api yang rosak. Ia pergi ke stesen untuk menunggu tuannya pada waktu siang dan makan dari makanan dan air yang diberikan oleh Jas dan seorang tukang daging. Pada satu hari, wartawan surat khabar bernama Teddy ingin tahu asal usul Hachi. Dia kemudian menulis cerita tentang anjing itu. Setelah membaca artikel di surat kabar, ramai orang mula mengirim wang kepada Carl dengan pesan agar wang tersebut digunakan untuk membelikan makanan untuk Hachi. Ken, sahabat Parker membaca artikel yang ditulis Carl dan menyatakan kesediaan untuk menyara hidup Hachi. Walaupun Parker sudah setahun meninggal dunia, Ken menyedari Hachi masih ingin dan merasa harus untuk menunggu kepulangan tuannya.
Sepuluh tahun berlalu dan Hachi masih tetap setia menunggu tuannya di stesen. Ketika mengunjungi makam Parker semasa ulang tahun kematiannya, Cate bertemu dengan Ken dan mengaku dirinya masih merasa kehilangan suaminya yang sudah meninggal sepuluh tahun lalu. Cate kemudian pergi ke stesen tempat Hachi menunggu. Diaa terkejut melihat Hachi yang sudah tua, kotor dan lemah namun masih terus setia menunggu tuannya. Cate kemudian duduk bersama dengan Hachi dan menemankannya menunggu kereta api yang seterusnya tiba. Ketika kembali ke rumah, Cate bercerita tentang Hachi kepada Ronnie yang sudah berusia 10 tahun. Malam itu, Hachi menunggu di tempatnya biasa menunggu dan berbaring serta kemudiannya terlelap bermimpi bertemu Parker dan pada malam itu dia pun mati.
Tamat sudah Ronnie bercerita tentang Hachi kepada rakan-rakan sekelasnya. Kesetiaan Hachi menunggu Parker, datuk Ronnie menjadikan Hachi sebagai pahlawan selama-lamanya di mata Ronnie. Petang itu, Ronnie berjalan-jalan bersama seekor anak anjing Akita di tempat datuknya pernah berjalan-jalan bersama Hachi.

~Anjing Hachiko yang sebenarnya, lahir di Odate, Jepun pada tahun 1923. Setelah pemiliknya yang bernama Dr. Eisaburo Ueno, seorang professor di Universiti Tokyo meninggal dunia pada bulan Mei 1925, keesokan harinya Hachi kembali menunggu kepulangan tuannya di Stesen Shibuya. Dia terus menunggu dan menunggu hingga sembilan tahun berikutnya. Hachiko akhirnya mati pada bulan Mac 1935. Patung Hachiko diperbuat daripada gangsa kini dapat dijumpa di tempatnya biasa menunggu, di luar Stesen Shibuya, Tokyo.~

Tuesday, November 9, 2010

World's Top 3

Anda ingin tahu??? Setelah menjalankan research selama 1 semester, saya telah mendapat result yang cukup tepat bagi menentukan kedudukan budak-budak perempuan ESE group 18 yang paling ngegeh. Undian dan cara pemilihan pemenang adalah seperti berikut:
  1. Posing yang paling ngegeh. (20 markah)
  2. Muka yang paling ngegeh. (20 markah)
  3. FB yang paling ngegeh. (20 markah)
  4. Pakaian yang paling ngegeh. (20 markah)
  5. Senyuman yang paling ngegeh. (20 markah)   Jumlah markah: 100 markah

Tempat pertama dengan mengumpul jumlah keseluruhan markah sebanyak 75% dimenangi oleh....
 
~ Naz Zirah Bohari~

Tempat kedua dengan mengumpul jumlah keseluruhan markah sebanyak 74% dimenangi oleh....
 ~Hamz Zieyah~

Tempat ketiga dengan mengumpul jumlah keseluruhan markah sebanyak 73.5% dimenangi oleh....
~Niessa Nisa~

Inilah para finalis yang berjaya mengungguli Anugerah Ngegeh 2010...tahniah diucapkan kepada para pemenang...kepada para pelajar ESE group 18 yang telah kalah diminta mencuba lagi di tahun hadapan...sekian...hehehe

Monday, November 8, 2010

My Top 20 List

  1. My Lord
  2. My lovely Family 
  3. My guitar
  4. Sleeping….zZzZZZzzzzz
  5. Eating….hohoho
  6. Singing...
  7. Dynamics book
  8. Termodynamics 1 & 2
  9. Drawing…
  10. All the engineering things
  11. Musics…hehehe
  12. My friends???
  13. Hand phone LG…
  14. Laptop
  15. My Girl…hehehe
  16. Football things
  17. Volleyball 
  18. Liverpool F.C
  19. Lord of the Ring 1, 2 & 3…
  20. Harry Potter full…

 To NAZIRAH ngegeh...hahaha




Sunday, November 7, 2010

~Regret~

I'm regret NOW...I really2 mean it...I thought that I could fix ALL problem with my action (turn off the HP)...
U know what, something happen and I'm late for the news...sorry "Friend"...I'm sorry to hear that..and now I get  the "reply" for that, same as SMS..U got a "reply" when U text sum1...right???  I know that U are really sad now but I can't do anything 4 U..It's just like I have No MEANING in your life and I'm not a GOOD friend 4 u..I'm not there 4 u when u're in trouble..Please reply the msg..


I'm SHOCKED when your name are in the list of the inbox and u're telling me that your mom is sick!!! and mayB BRAIN CANCER????I never and would never thought of it..Please tell me that U are LYING!!!
U know what???The day I text U, I'm asking 4 ur mom and I don't know why....Suddenly, U and your mom crossed my mind...I just met her for the 1st time this year and I don't want it would be the last time..I hope she would be FINE...and U, please reply my msg if I'm your fren...


If I know this would happen, I rather not to LOVE anyone if they're leaving me behind..Why the person that I love always left me???


*Chris, I'm sorry if I messy ur bLog... :(

Saturday, November 6, 2010

No titLe ???

tH!Ngs maKe M.E happy:

1. No HP (I mean turn it off...)
2. No sms
3. Less book include "facebook"
4. More eat
5. More sLeep zzzzzzzz 
6. No E.M.O
7. There's no "U" in my mind..there's only M.E baby...haha ;p
8. More new things to DO..*no more O.L.D things...I'm loving it..hihi ^_^*
9. "redha" m0dE" ~pLease turN it 0N now!!!~   

p/s: Sorry to my dear friends that all of u can't sent me any msg c0z I turn off my hp...I need time to "free" myself...So, wait 4 me yea...I'll come back sooN  ^_^ 

9 R.E.A.SO.N.S that make me happy n proud of myself..ngee

Thursday, November 4, 2010

~10 Ciri-Ciri LELAKI KASANOVA~

  1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. Namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih dari sebulan. Sedikit demi sedikit di dia akan menunjukkan taringnya.
  2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti orang berada tetapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk membuat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan. Kemudian duit kamu pula yang menjadi mangsa.
  3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji. Tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating, siapa yang akan sampai dahulu?
  4. Sering memberi pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih teruk lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain di atas kesalahannya sendiri.
  5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.
  6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.
  7. Apabila keluar dengannya, si dia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya si dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu bahawa si dia tidak curang di belakang kamu dan dia memang peramah dengan semua orang.
  8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. Tanpa segan silu si dia memintanya daripada kamu.. Haa...alasan yang diberikan untuk meminjam itu memang konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.  
  9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan. Sebab itulah perempuan mudah cair dan menjadi mangsa.
  10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku tetapi harus diingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetapi ajak-ajak ayam sahaja. Mulut berkata ya tetapi hati berkata tidak.

Check la pasangan anda sendiri. Jika memenuhi syarat di atas melebihi 5, saya syorkan anda patut mencari orang yang baru...hahaha...untuk kaum perempuan, penilaian di minda anda. Jangan hanya kerana terlalu mencintai, anda kabur dalam menilai seorang lelaki yang hanya mempermainkan cinta dan kata-kata. Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

Wednesday, November 3, 2010

Can't Take My Eyes Off - Frankie Valli

You're just too good to be true.
Can't take my eyes off you.
You'd be like Heaven to touch.
I wanna hold you so much.
At long last love has arrived
And I thank God I'm alive.
You're just too good to be true.
Can't take my eyes off you.

Pardon the way that I stare.
There's nothing else to compare.
The sight of you leaves me weak.
There are no words left to speak,
But if you feel like I feel,
Please let me know that it's real.
You're just too good to be true.
Can't take my eyes off you.

I love you, baby,
And if it's quite alright,
I need you, baby,
To warm a lonely night.
I love you, baby.
Trust in me when I say:
Oh, pretty baby,
Don't bring me down, I pray.
Oh, pretty baby, now that I found you, stay
And let me love you, baby.
Let me love you.

You're just too good to be true.
Can't take my eyes off you.
You'd be like Heaven to touch.
I wanna hold you so much.
At long last love has arrived
And I thank God I'm alive.
You're just too good to be true.
Can't take my eyes off you.

I love you, baby,
And if it's quite alright,
I need you, baby,
To warm a lonely night.
I love you, baby.
Trust in me when I say:
Oh, pretty baby,
Don't bring me down, I pray.
Oh, pretty baby, now that I found you, stay..

Anda Nak Tahu Jantina Laptop Anda???

by Janet Sherina Augustine on Friday, September 24, 2010 at 7:56pm
Jgn xtau.....laptop pun ada jantina...
so, nak tahu tak jantina laptop yg selalu dingadap tiap2 hari tu jantan ke betina? 
hehehehehe....buat je step kt bwh ni...
  1.  Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad: CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
  2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti). Save as =  love u.vbs
  3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."
Cuba dengar betul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?
Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....
Selamat mencuba!

ni ada satu lagi...
according to Akmal a.k.a Along(2010)
**nak tau jantina mouse anda? kalau mouse anda tak pakai mouse pad, maknanya mouse anda jantan. sbb betina je yg pakai pad** 


~just for fun only...hehehe...~

10 REASONS WHY ENGINEERS ARE GREAT LOVERS

(based on what we have learned in lectures!)
 by Janet Sherina Augustine on Thursday, October 7, 2010 at 10:56pm
  1. No "couple" could enjoy a better "moment."
  2. We know how to handle stress and strain in a relationship.
  3. We have significant figures.
  4. The motion of rigid bodies.
  5. Projectile motion: Need we say more?
  6. Engineers do it due to specifications.
  7. According to Newton, if two bodies interact, the forces are equal and opposite.
  8. We know it's not the length of the vector that counts, but how you apply the force.
  9. We know the right hand rule.
  10. We also know the Fleming left hand rule.

Just for fun...hahaha...enjoy it...

Tuesday, November 2, 2010

~Facebook akan ditutup oleh Mark Zuckerberg~

 According to CascdMorris(2010)-Kepada peminat-peminat facebook yang setia...Mark Zuckerberg telah mengumumkan laman sosial Facebook akan ditutup selama seminggu bermula dari hari esok...
Mark telah menjelaskan sebab-sebab dia ingin menutup laman sosial itu adalah untuk memberi laluan kepada pelajar UNIMAS untuk study pada revision week sempena final exam yang akan bermula pada minggu depan ( 8 November 2010 ). Para pelajar UNIMAS dari setiap kolej telah membuat request untuk menutup laman sosial itu...Mark juga mengucapkan selamat berexam kepada semua pelajar UNIMAS dan berharap agar laman sosial Facebook bukanlah penyebab utama pelajar UNIMAS untuk tidak study.

~Kisah Cintaku~

Nak share sikit pasal "kisah cintaku" yang 
aku rasa paling lucu, sedih 
dan kadang-kadang buat aku ketawa...

Kisah ni bermula semasa 
aku melanjutkan pelajaran di matrik dulu...di sana aku berkenalan dengan seorang gurl yang bagi aku memang cantik dan cute...hehehe...aku gelar dia V la... dia kacukan cina-kadazan or dalam bahasa Sabahnya sino-kadazan(sino)...mula-mula aku kenal V sebab dia sama kuliah dengan aku masa itu...aku berkawan dengan geng-geng yang gila-gila perangai mereka so kami pun usik-usik la V ni...then kami minta nombor hp dia...dia pun bagi...lepas tu aku tak la terus kontek dia sebab ingatkan cuma nak usik-usik jak minta nombor dia...pada 1 hujung minggu tu aku dengan geng-geng aku tadi pergi church...habis dari church kami keluar pergi bandar...on the way pergi bandar tu kami terjumpa V ni berjalan dengan geng-geng dia juga...pada masa itu dia pakai baju kaler maroon(merah darah)...aku tengok dia memang betul-betul cantik...fuyohh...hehehe...kiranya aku sudah jatuh hati la pada masa tu juga...tapi aku masih belum pasti samaada dia betul-betul V or just pelanduk dua serupa...then aku mizkol la dia...check2 hp dia berbunyi...aku pun padam la...lepas tu dia terus tengok belakang dan terus tengok aku pegang hp aku...hehehe...kira kantoi la aku ni...lepas tu aku mesej la dia...dia reply dan terus la bermula kami bermesej secara continuous...hahaha...dia memang caring la...aku suka cara dia layan aku...di matrik dulu aku player bola tampar wakil matrik...tiap kali aku turun latihan dia akan turun tengok kami berlatih...kadang-kadang dia bawa air dan makanan(biskut)...aku akui aku betul-betul bahagia pada masa itu...siapa la tak rasa bahagia apabila ada gadis cantik caring dengan kita...dah la aku ni bukannya hensem sangat pun...tapi kami belum sah lagi jadi couple sebab kami belum lagi bercakap berkaitan dengan hal itu...aku rasa dia memang tengah tunggu aku yang request dahulu tapi aku tetap belum lagi mulakan langkah aku...tidak dinafikan aku betul-betul sayang kat dia tapi sebelum aku masuk matrik dahulu aku pernah berjanji pada diri aku bahawa aku takkan bercinta jika dapat masuk matrik...kadang-kadang aku rasa serba salah buatkan dia tertunggu-tunggu aku meluahkan perasaan aku pada dia...takkan la perempuan dulu meluahkan perasaan mereka pada lelaki...kiranya aku memang dalam dilema pada masa itu...pada suatu hari dia pun tanya aku...aku masih ingat lagi apa yang berlaku pada hari itu...dia tanya aku adakah dia terlebih caring dengan aku...dia cakap dia takut aku rasa rimas...aku pun terus terang beritahu dia yang aku suka dia caring dengan aku macam itu...aku rasa bahagia apabila dia care pasal aku...lepas itu aku tanya la kenapa dia caring sangat dengan aku...then dia jawab la, "Apabila saya anggap orang itu special, saya akan caring dengan dia"...aku betul-betul terkedu dengan jawapan dia...dia sudah terang-terangan bagi sign pada aku yang dia sudah anggap aku special untuk dia...aku betul-betul tidak tahu apa yang harus aku lakukan...perlahan aku beritahu dia yang aku pernah berjanji pada diri aku bahawa aku tidak akan bercinta semasa di matrik...lepas tu dia jawab bagus la kalau macam itu...aku beritahu dia yang aku pun suka pada dia tapi harap dia faham yang kami takkan bercinta di matrik...yang lucunya aku beritahu yang aku akan tackle dia apabila habis matrik nanti...hehehe...selepas itu hubungan kami makin erat...susah nak 
beritahu pasal status hubungan kami...

Ada suatu petang semasa aku turun latihan 
bola tampar seperti biasa, datang seorang 
gurl tiba-tiba minta nombor hp aku...aku terkejut la...1st time dalam hidup aku gurl minta nombor hp dari lelaki...aku pun fikir la tak salahkan kita kawan banyak-banyak...so aku bagi la nombor hp aku kat dia...aku gelar dia E...pada malam itu E pun mesej la dengan aku...aku reply mesej E sebab aku takda apa-apa prasangka buruk kat dia...E ni pun beritahu yang dia admire dengan aku...aku cakap la thanks...hahaha...lucu la ada juga orang admire dengan kita...

Seminggu selepas itu tiba-tiba V 
taknak reply mesej aku...aku pun hairan la kenapa dia tiba-tiba macam marah kat aku...aku cuba tanya kenapa dia tiba-tiba berperangai macam itu...dia diam sahaja dan tidak mahu beritahu hal sebenar dengan aku...pada satu hari tu kawan perempuan sama bola tampar dengan aku pun tanya la aku betul ka aku couple dengan E...kawan aku tu beritahu yang E tu sebarkan di asrama yang dia couple dengan aku...pada masa itu baru aku faham kenapa V tiba-tiba marah dengan aku...aku pun mesej pada E tanya hal sebenarnya...lepas itu aku terus tak mesej E lagi...aku jumpa la V ni tadi dan beritahu hal yang sebenarnya...tapi V betul-betul tak mahu dengar penjelasan aku lagi...sampai hari terakhir kami di matrik pun dia tetap tidak mahu maafkan aku...aku faham apa yang dia rasa...siapa la perempuan yang tak kecewa apabila kita beritahu dia yang kita tidak mahu couple dan selepas itu tiba-tiba dengar kita couple dengan orang lain...memang la V sangat kecewa...aku tak salahkan dia...cuma berharap dia dapat dengar penjelasan aku sahaja...


Pada hari terakhir kami di matrik aku 
belikan dia coklat dan suruh kawan aku bagi kat dia sebab dia tak mahu jumpa aku...sungguh sedih la pada masa itu...last mesej aku pada dia masa itu adalah, "V...maafkan aku di atas apa yang berlaku...aku harap V boleh maafkan aku...semoga kita berjumpa lagi...aku berdoa V akan dapat apa yang V inginkan dalam hidup B...take care"...tapi yang betul-betul menyedihkan, dia tak reply lagi...


Inilah "kisah cintaku"
yang aku nak share kat sini...apalagi, singgah-singgah la bagi komen sket...hehehe

Monday, November 1, 2010

Perang Dunia Pertama


Tarikh: 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918
Tempat : Eropah, Afrika dan Timur Tengah (secara ringkas di China dan Kepulauan Pasifik)
Hasil:   
1.       Kemenangan Pihak Bersekutu.
2.       Berakhirnya Empayar Jerman, Empayar Rusia, Empayar Turki Uthmaniyyah, dan Austria-Hungary.
3.       Terbentuknya negara-negara baru di Eropah Timur.

Pihak bersengketa:
Pihak Bersekutu

Rusia, Perancis, United Kingdom, Kanada, Itali, Amerika Syarikat
Kuasa Pusat

Bulgaria, Empayar Turki Uthmaniyyah, Empayar Jerman, Austria-Hungary
Korban dan kehilangan

Mati (tentera): 5,525,000

Cedera (tentera): 12,831,500

Hilang (tentera): 4,121,000[1]

Korban dan kehilangan

Mati (tentera):
4,386,000

Cedera (tentera): 8,388,000

Hilang (tentera): 3,629,000[1]


Pengenalan:
Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula di Balkan.
Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary bersama isterinya dibunuh di Sarajevo, Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntut oleh Serbia, sebuah negara Balkan yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang. Dengan sokongan negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia.
Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia pula membuat penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Tindakan tentera Jerman menyerang negara berkecuali menbuatkan Britain mengisytiharkan perang terhadap Jerman.
Pada mulanya, negara Jerman memenangi peperangan itu tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelar "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentang mereka digelar "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.
Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam Negara itu sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentang serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11 November.
Di bawah Perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia I, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar kepada Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.
Kehilangan jiwa:
Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.
Punca Perang Dunia I:
Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.
Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah serta untuk memasarkan barangan siap mereka.
Kronologi:
Tahun 1914
·         28 Jun: Archduke Franz Ferdinand dibunuh di Sarajevo.
·         28 Julai: Austria-Hungary mengumumkan perang ke atas Russia.
·         2 Ogos: Jerman menceroboh Luxembourg.
·         3 Ogos: Jerman mengistiharkan perang ke atas Perancis.
·         4 Ogos: Britain mengistiharkan perang ke atas Jerman dan Austria-Hungary.
·         4 Ogos: Tentera Jerman menceroboh Belgium melanggar perjanjian yang ditandatangani oleh  Prussia untuk menghormati keberkecualian Belgium.
·         19 Ogos: Wilson merayu untuk berkecuali.
·         26-30 Ogos: Pertempuran Tannenberg.
·         Ogos: Pertempuran Togoland dan pengejaran Goeben dan Breslau.
·         5-10 September: Pertempuran Pertama Marne.
·         September: Pertempuran Pertama Aisne dan pertempuran Lemberg.
·         Oktober-November: Pertempuran Pertama Ypres.
·         November: Pertempuran Lodz.
·         25 Disember: Kedamaian sementara tidak rasmi sempena Krismas di Barisan Barat.
Tahun 1915
·         19 Januari: Serangan udara zeppelin Jerman pertama ke atas Britain.
·         4 Februari: Jerman mengistiharkan sekatan kapal selam kepada Britain.
·         Februari: Pertempuran Masuria.
·         Mac: Pertempuran Neuve-Chapelle.
·         Mac-Disember: Pertempuran Rabung Aubers dan Festubert.
·         22 April-5 Mei: Pertempuran Kedua Ypres. Pengunaan senjata kimia pertama.
·         23 April: Serangan Tentera Bersekutu ke atas Gallipoli.
·         7 Mei: Kapal Lusitania ditenggelamkan oleh kapal selam Jerman.
·         13 Mei: Nota Lusitania pertama.
·         Mei: Pertempuran Gorlice-Tarnow.
·         30 Ogos: Berdasarkan tuntutan Amerika, kapal selam Jerman menghentikan menenggelamkan kapal tanpa amaran.
·         5 September: Tsar Nicholas memerintah askar Rusia.
·         September-Oktober: Pertempuran Artois dan Champagne serta Pertempuran Loos.
·         7 Disember: David Lloyd George menjadi Perdana Menteri Britain.
·         28 Disember: Tentera Bersekutu berundur dari Gallipoli.
Tahun 1916
·         21 Februari: Pertempuran Verdun
·         Mei-Jun: Serangan Trentino.
·         31 Mei: Pertempuran Jutland.
·         4 Jun: Serangan Brusilov.
·         1 Julai-18 November: Pertempuran Somme.
·         7 November: Woodrow Wilson dilantik semula.
·         31 Disember: Rasputin dibunuh.
Tahun 1917
·         22 Januari: Ucapan "Keamanan tanpa Kemenangan" oleh Presiden Wilson.
·         Februari: Jerman mengistiharkan pertempuran kapal selam tanpa batasan kembali.
·         24 Februari: Penenggelaman Laconia.
·         15 Mac: Tsar Nicholas turun takhta.
·         Mac-September: Perpecahan Rusia berlaku.
·         6 April: Amerika Syarikat mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
·         16-29 April: Serangan Chemin des Dames.
·         April: Pertempuran Arras dan Vimy Ridge serta Serangan Nivelle.
·         Jun: Pertempuran Messines.
·         6 Julai: Aquaba ditawan orang-orang Arab pimpinan T.E.Lawrence.
·         16 Julai-10 November: Pertempuran Ketiga Ypres.
·         6 Ogos: Aleksander Fyodorovich Kerensky dilantik sebagai Perdana Menteri Rusia.
·         Oktober: Pertempuran Caporetto.
·         7 November: Kerajaan baru Kerensky digulingkan oleh Bolshevik.
·         10 November, 1917 Pihak British sampai ke Passchendaele.
·         November: Pertempuran Cambrai.
·         3 Disember: Gencatan senjata Jerman-Russia.
·         9 Disember: Jerusalem ditawan oleh Britain.
Tahun 1918
·         3 Mac: Perjanjian Brest-Litovsk antara Rusia dan Kuasa-kuasa Pusat (Jerman, Austria-Hungary dan Turki).
·         15 Mac: Rusia mengesahkan Perjanjian Brest-Litovsk yang membawa Rusia keluar dari perang.
·         Mac-Jun: Serangan Ludendorff.
·         April: Serangan Zeebruggge.
·         Jun-Julai: Serangan Piave.
·         16-17 Julai: Bolshevik membunuh Tsar Nicholas dan keluarganya.
·         17 Julai: Ekspedisi Archangel.
·         29 September: Tentera Bersekutu melintasi Garisan Hindenberg.
·         September: Serangan St. Mihiel.
·         September-Oktober: Pertempuran Megiddo.
·         September-November: Pertempuran Meuse-Argonne.
·         28 Oktober: Kelasi Jerman memberontak.
·         9 November: Kaiser Wilhelm meletakkan jawatan.
·         10 November: Republik Jerman ditubuhkan.
·         11 November: Perang Dunia I berakhir. Kuasa-kuasa Pusat dipaksa membatalkan Perjanjian Brest-Litovsk.
Tahun 1919
·         28 Jun: Perjanjian Versailles secara rasminya mengakhiri Perang Dunia I.

Korban:
Tentera Bersekutu
Kuasa-kuasa Pusat
Orang awam
1.       Belgium: 13,700 (0.2%)
2.       Pihak British: 908,000 (16.5%)
                                       i.            Australia: 60,000
                                     ii.            Kanada: 55,000
                                    iii.            India: 25,000
                                   iv.            New Zealand: 16,000
                                     v.            Afrika Selatan: 7,000
                                   vi.            Britain: 715,000
3.       Perancis: 1,354,000 (24.6%)
4.       Greece: 5,000 (0.1%)
5.       Itali: 650,000 (11.8%)
6.       Jepun: 300 (0.0%)
7.       Rumania: 336,000 (6.1%)
8.       Rusia: 1,700,000 (30.9%)
9.       Serbia: 450,000 (8.2%)
10.   Amerika Syarikat: 50,600 (0.9%)



1.       Austria-Hungary: 1,200,000 (35.5%)
2.       Bulgaria: 87,500 (2.6%)
3.       Jerman: 1,770,000 (5.3%)
4.       Kerajaan Uthmaniyah: 325,000 (9.6%)

1.       Austria: 300,000 (4.6%)
2.       Belgium: 30,000 (0.5%)
3.       Britain: 31,000 (0.5%)
4.       Bulgaria: 275,000 (4.2%)
5.       Perancis: 40,000 (0.6%)
6.       Jerman: 760,000 (11.7%)
7.       Greece: 132,000 (2.0%)
8.       Romania: 275,000 (4.2%)
9.       Rusia: 3,000,000 (46.2%)
10.   Serbia: 650,000 (10.0%)
11.   Kerajaan Uthmaniyah: 1,000,000 (15.4%)

JUMLAH: 5,497,600 (100%)
JUMLAH: 3,382,500 (100%)

JUMLAH: 6,493,000 (100.0%)